Isnin, 29 November 2010

adakah kita tergolong????

Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan 19 April 2009 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin yang lalu sangat menarik bertajuk Sihir...

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz


1) Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu..... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya..

Tahukah kite bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah

persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa segala tugu-tugu

itu serta pembinaannya adalah haram...? ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram...

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat

tugu kebangsaan!

Tetapi sayang... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang... Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja...tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...

Dan kata beliau lagi... walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...

2) Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa

syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan...indera bermaksud nama tuhan hindu
manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam... maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam...Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...



3) Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...Tahukah kawan2 bahawa.... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak
boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud.... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.


Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1..Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan

membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll..

2.Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3.Mereka yang berdiam diri.

4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM

HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)



sebar-sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3 ) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON

Moga kita cakna dengan isu semasa di negara kita sendiri..

Rabu, 3 November 2010

Berehat Di Syurga atau Berehat Di Dunia... Mana Satu Menjadi Pilihan?

Hakikatnya, memimpin diri sendiri adalah jauh lebih payah dari memimpin orang lain. Saya masih teringat kata guru saya, ramai pahlawan dan panglima perang yang hebat di medan perang, tetapi kalah dengan diri sendiri. Jalaluddin ar Rumi pernah berkata:

“Aku melihat ramai yang pandai berenang tetapi lemas di laut, akan tetapi aku belum pernah melihat sampan yang bernama iman dan cinta itu karam di lautan”

Saiyyiduna ‘Umar al Khattab pernah memberitahu bahawa seseorang yang mahu menjadi pemimpin mesti terlebih dahulu mendalami Islam. “tafaqqahu qabla an tasawwadu”, begitulah lebih kurang bunyinya yang bererti “faqihkan dirimu (pelajari dan fahami Islam) sebelum engkau memimpin”. Sangat dalam pengertian ucapan yang pendek ini. Maksudnya, menjadi pemimpin dalam keadaan jahil lalu menurut hawa nafsu amat bahaya sekali. Ia akan menatijahkan kerosakan lebih banyak dari kebaikan.

Kerana itu jugalah Asy Syahid Hasan Al Banna mendahulukan faham sebelum amal, jihad, pengorbanan dan yang lainnya. Jika yang memimpin amal dan perjuangan itu jahil dan berpaksikan nafsu, nescaya rosaklah segalanya.

Namun ini bukanlah bermakna, nak kena lengkapkan diri dahulu baru seru orang kearah kebaikan dan cegah orang dari kemungkaran. Persepsi ini, saya kira amat salah sekali. Hal ini kerana, menyeru manusia kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran, juga merupakan salah satu manhaj mengfaqihkan diri. Untuk diri seorang dai’e, satu sifat penting yang perlu ada adalah berani. Untuk menjadi seorang yang hebat dan memberi impak kepada masyarakat, sifat berani itu sangat dituntut.


Kita merindukan du’at yang berjiwa Khalid Al Walid yang sanggup mati berjuang dijalan Allah SWT. Kita juga merindukan du’at yang berjiwa Umar Al Khattab yang gagah perkasa dan berani menyatakan hak disamping mengkuburkan kebatilan. Dan kita juga amat sekali merindukan jiwa du’at seperti Rasulullah SAW yang berjaya melahirkan generasi du’at yang hebat.

Saya tertarik dengan kekentalan semangat Gabenor Syarifuddin Barghisy. Antara kata-kata beliau yang masyhur:

“siapa yang takut terbunuh atau tertawan, maka lebih baik baginya beristirahat di rumah dengan anak isterinya”

Kata-kata yang berbekalkan keberaniaan terpandu ini dilafazkan oleh beliau ketika dalam mesyuarat yang direncanakan oleh Asaduddin Syirkuh. Mesyuarat kali itu bertujuan untuk mencari resolusi bagi mengalahkan tentera lawan yang teramat ramai. Dan ketika dalam kekalutan mesyuarat itulah, Gabenor Syarifuddin Barghisy melaungkan kata-kata ini.

Jika kita lihat, bukan Gabenor Syarifuddin sahaja yang memperingatkan kita agar jangan kita duduk tanpa berfikir dan beramal untuk Islam. Banyak lagi tokoh lain yang turut melaungkan saranan yang sama. Antaranya, Tuan Guru Nik Aziz. Kata beliau:

“duk sajo tamboh lalai pulok, dosa”(bahasa Kelantan)

Kata Arwah Ustaz Fadzil Noor:

“jangan biarkan sehari dalam hidup anda berlalu tanpa memikirkan tentang Islam”

Mengapa sebegini ramai tokoh-tokoh hebat memperingatkan kita tentang perkara ini. Tujuannya satu sahaja sahabat-sahabat. Agar kita tidak menjadi ASHABUL ‘UQUL AL MUSTARIHAH, yang membawa makna ‘PEMILIK AKAL YANG BERISTIRAHAT’.

Oleh itu sahabat-sahabat, mari sama-sama kita renungkan sejenak. Jika kita lihat, Imam Al Nawawi sendiri tidak membiarkan dirinya beristirahat dari menuntut ilmu. Setengah riwayat menyebut, kesibukan beliau menuntut ilmu sehingga membuatkan beliau terlupa untuk berkahwin. Bayangkan sahabat-sahabat sekalian. Memang jauh bezanya dengan kita. Kita belajar pun tak habis lagi, ibadah pun terumbang-ambing lagi.. dah sibuk-sibuk fikir pasal kahwin. “tapi tidak bermakna kahwin awal itu salah”. (^^,).. Perkara ini memerlukan kepada perbahasan yang panjang. Mungkin bukan diruang ini untuk saya menerangkan.

Konklusi yang saya dapat nyatakan disini adalah, yang pertama, orang Islam tidak boleh membiarkan majoriti masa mereka kosong tanpa diisi dengan perkara berfaedah. Sekurang-kurangnya, berfikir dan merenung tentang Islam. Keduanya, orang Islam mesti menjadi berani. Mereka mesti berani mencabar risiko dan menongkah arus.

“SESUNGGUHNYA PEJUANG ISLAM ITU TIDAK MAHU BEREHAT DI DUNIA KERANA MEREKA INGIN BEREHAT DI SYURGA”

Dipetik dari,
i-mujaddid.blogspot.com

JOM PAKAT MAI SHAH ALAM