Isnin, 31 Januari 2011

ReHlAh Yang MeNyErOnOkKaN

Alhamdulillah pagi Ahad semalam PERSIS telah berjaya menganjurkan 1 rehlah di sungai kanching yang cukup meriah. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa seronoknya kami maklumlah pertama kali buat rehlah sepanjang tahun.Walaupun terlewat sikit dari masa yang ditetapkan, Alhamdulillah sampai jugak kami dengan selamat..

Namun yang sangat tak bestnya hanya 3 orang jejaka PERSIS 2nd year yang dapat hadir.. Pada permulaan dianggarkan 60 orang akan datang tapi disebabkan musyaqqah yang tak dapat dielakkan, maka yang hadir dalam 3o++ .tulah apa yang kita telah rancang dengan baik tapi tanpa izin Allah tetap benda tu tak akan berlaku dan perancangan Allah itu adalah lebih baik dan bertepatanlah dengan firmannnya Wamakaru wakarAllah, wAllahu khairul maakirin... Apa-apapun kami mengucapkan tahiah kepada pimpinan baru PERSIS kerana antum telah berjaya menganjurkannya dengan sebaik-baiknya..Tahniah & tahniah!!!

jom kita tengok jejaka2 yang hadir!!!

Nilah antara muslimin yang datang... Wlupun 13 0rang sahaja tapi semangat kami tetap membara!!

Yang paling best waktu main bola...6 orang peserta lawan 7 orang komiti...

walau hujan renyai-renyai air bergelora & monyet & kera bersorak sebagai penonton setia, permainan tetap diteruskan...yang menakjubkan walau peserta hanya 6 orang dan kaki diikat tetap menang mengalahkan komiti dengan 7-3...
Memang rugilah sapa yang tak mari...






Yang komiti pulak banyak main bohong, ada ke patut peserta kene ikat kaki,mereka bebas,last2 kalah jugak...hehhe..sapa suruh main tipu..

Hah lupa pulak,sebelum main bola, kami di uji dengan beberapa modul...antaranya berenang dalam sungai dan merentasi liku2 ombak, mencari harta karun dalam lautan air pink, dan macam2lah...peserta dibahagikan kepada 2...
komiti tak masuk time ni,klo diorang masuk confirm kalah...

group pertama terdiri dari 2 orang jejaka 2nd year & 1 org adik yang comel(baju hitam koler hijau,baju cfs & baju putih belang-belang)... dan group kedua 1 orang syabab 2nd year & 2 orang 1st year(baju biru putih dan 2 orang baju hitam).

nak tau sapa menang? jajaka2 yang di group 1 lah menang beza dalam 15-20 minit..emm takjub...kAlAu 1 minit x pe lg...hehhe gurau je ye group 2,jgn marah nnti kene jual..

hah pengalaman yang rasanya semua tak kan lupa waktu kita solat dalam keadaan basah tapi suci...waktu tu dah hampir dah nak habis tapi tulah walau kita berehlah macamanpun apa yang perlu ditekankan wajib dibuat contoh solat..Best gak kan dapat buat semua sekali baru dapat jalin kan ukhwah fillah yang mantap!!!

Muslimat juga tidak dilupakan...mereka dengan modul-modul mereka...


















Waktu penutup, setiap yang dibuat tak kanlah dibuat saja-saja kan,
Fazrul memainkan peranannya untuk membuat resolusi dari permainan yang ada.. banyaklah yang dapat dan yang paling penting konsep kerjasama dalam persatuan perlu ada..


















Last komiti yang kalah tak puas hati buat deal lagi sekali dengan peserta, mujur mereka menang tapi menang tipis...3-2...klo campur semua peserta tetap menang...kalau komiti tak puas hati lagi,tak yah tunggu lagi,buat rehlah lagi kita lawan lagi...hehhe

sebelum terlupa saksikan gambar yang ada terutama beruk & monyet yang menjadi penonton & penyokong setia kami waktu match
bola...

Sabtu, 29 Januari 2011

Gadis Cantik Yang BUTA, PEKAK & LUMPUH!

Wanita solehah, yang merupakan wanita pilihan yang tidak terdedah kepada lelaki yang bukan mahram, diumpamakan seperti bidadari yang dipingit di dalam khemah-khemah. Wanita sebegini akan menjadi penghuni syurga, sebagaimana kisah ibunya Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Syeikh Abdul Qadir Jailani hasil dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dgn Fatimah. Abu Saleh adalah seorang pemuda yg sgt cinta kpd Allah. Kewarakannya boleh dilihat dari sejarah hidupnya.

MENGAMBIL YANG BUKAN HAK MILIK SENDIRI


apple

Atas rasa takut kepada Allah, Abu Salleh menyusuri hulu sungai tersebut semata-mata untuk mencari tuan punya epal itu bagi meminta maaf (halal). Setelah berhari-hari berjalan tanpa sebarang bekalan makanan, akhirnya Abu Saleh menjumpai sebatang pokok epal dan yakinlah dia bahawa epal yang dimakan tempoh hari adalah dari pokok itu. Tanpa membuang masa, Abu Saleh terus pergi berjumpa dengan tuan punya pokok epal itu, iaitu Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin R.A.

Abdullah Saumi mengenali kewarakan Abu Saleh yang begitu luhur dan berkeyakinan beliau dari keturunan yang baik. Melihat perangai dan akhlak Abu Saleh yang begitu luhur dan mulia, Abdullah Saumi telah jatuh hati dan tidak sanggup berpisah dengan pemuda itu. Lalu Abdullah Saumi membuat helah akan memaafkan kesalahan Abu Saleh tetapi dengan bersyarat. Syaratnya, Abu Saleh mesti berkhidmat dengan beliau selama 12 tahun untuk menguruskan kebun epalnya. Abu Saleh telah menerima hukuman itu dan bekerjalah ia dengan taat selama tempoh tersebut

MENGAHWINI GADIS BUTA, PEKAK, DAN LUMPUH


Setelah 12 tahun, Abdullah Saumi mengadakan syarat lagi bahawa beliau rela memaafkan kesalahan Abu Saleh sekiranya Abu Saleh sanggup mengahwini anak perempuannya yang buta matanya, pekak telinganya dan lumpuh kedua-dua tangannya serta kakinya. Kemudian mereka mesti tinggal di situ bagi tempoh 2 tahun lagi bagi membolehkan beliau melihat cucunya. Syarat tersebut sungguh berat, tetapi demi mencari keredhaan Allah, diturutinya juga.

Photobucket

Setelah diakad nikah maka masuklah Abu Saleh ke dalam bilik anak perempuan Abdullah Saumi yang sudah sah menjadi isterinya. Alangkah terkejutnya Abu Saleh apabila mendapati wanita di hadapannya mempunyai rupa paras yang sangat jelita dan tidak cacat. Lantaran itu, tidak mahu didekatinya wanita tersebut kerana disangka bukan isterinya.

Abu Saleh segera menemui Abdullah Saumi. Akhirnya orang tua itu menerangkan hakikat kata-katanya kepada Abu Saleh.

"Aku katakan anak perempuanku itu buta matanya kerana dia tidak pernah memandang lelaki yang bukan muhrimnya, pekak telinganya kerana tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, lumpuh kedua-dua tangannya kerana tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diharamkan, dan lumpuh kedua-dua kakinya kerana tidak pernah melangkah ke tempat-tempat mungkar."

Selepas itu barulah Abu Saleh mahu menyentuh isterinya. Dan hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu, maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya, iaitulah Syeikh Abdul Qadir Jailani.

MUTIARA INDAH


Demikianlah mutiara indah para wanita solehah, yang betul-betul mencontohi bidadari-bidadari di syurga. Mereka seolah-olah wanita pingitan yang tidak mendedahkan diri dan auratnya di hadapan lelaki bukan mahram. Tidak memandang kepada lelaki dan tidak dipandang oleh lelaki. Memelihara kesucian dirinya daripada terdedah kepada yang bukan mahram

Jumaat, 28 Januari 2011

"Majlis Pencinta-Pencinta Nabi-Ahbabu Rasulullah SAW"

Berita Gembira Kepada Pencinta-Pencinta Nabi SAW...

InsyaAllah di Masjid UIA ni akan diadakan Majlis seperti berikut:



Ahli-ahli PERSIS semua dijemput hadir termasuk semua para muslimin dan muslimat yang melawat blog ini. Moga Allah berkati CFSIIUM ini dengan rahmat dan limpahnya...

Jumaat, 21 Januari 2011

Cara Dakwah Yang Berkesan

Perkogsian dari seorang Prof:

Saya tertarik dengan penulisan M-I-O yang bertajuk ‘Kenapa pendekatan dakwah menemui kegagalan’. Antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei (pendakwah) dengan mad’u (objek dakwah). Dan ada perenggan yang menyebut:



Zaman saya belajar dahulu, kawan yang berjubah kerapkali geleng kepala tengok kelibat kawan yang tak cukup kain. Kawan yang tak cukup kain pula selalunya angkat kening lihat kelibat kawan yang berjubah.

Dakwah asalanya dari perkataan Arab da’a yang bermaksud seru, atau ajak, atau
panggil. Saya ni belajar Arab tak habis so tak boleh la nak hurai panjang2 tentang maksud perkataan tu dari segi bahasanya. Tapi dakwah tu adalah satu perkataan yang mendalam maknanya.

Dakwah itu bukan dengan pergi ke dalam kalangan orang berbaju ketat nampak tuuutttt dan berkata “Wahai wanita, tutuplah auratmu jika tidak mahu dimasukkan ke dalam api neraka”. Itu adalah ‘pengumuman’ atau ‘pemberitahuan’. Sesuai dengan maknanya, method dakwah lebih kepada MENGAJAK. Pendakwah ialah mereka yang mengajak orang lain untuk sama2 berbuat kebaikan.

Kerana itu Allah nukilkan dalam Kitab Suci:
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” – (Surah As-Saff: 2-3)

Selain dari membawa mesej supaya ‘cakap serupa bikin’ ia adalah supaya kita sama2 mengajak orang lain untuk bersama2 melakukan perkara yang dituntut dan disukai Allah.

Pemakai pakaian dakwah (biasanya orang refer jubah & tudung labuh ni sebagai ‘pendakwah’) yang memandang jelek pada golongan yang kontra dengan mereka, adakah layak dipanggil pendakwah? Title pendakwah itu bukan dilihat pada pakaiannya. Labuhnya jubah, labuhnya tudung, bukanlah tanda labuhnya iman.

Dakwah itu adalah tugas setiap orang, kerana manusia adalah makhluk yang bodoh dan sombong, yang mana dulunya sanggup menerima jawatan khalifah di muka bumi, setelah malaikat pun menolak jawatan itu. Nah, tengok hari ni, siapa yang jadi khalifah bila anak kecil dibunuh dan disakiti, ibu bapa diherdik dan dibuang di tepi jalan, rumah tangga tunggang terbalik, etc.

Sabda Rasulullah SAW “Balaghu ‘anni wa lau ayah” – sampaikan dariku walau satu ayat. Itu adalah untuk semua, bukan untuk golongan bertudung labuh, berserban atau berjubah.

Pakaian, walau setebal mana selabuh mana, bukan ukuran untuk menjadi benteng api neraka, sekiranya pakaian taqwa tidak ada.

“Dan pakaian yang taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Al-A’raaf: 26)

Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang melabuhkan kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya di hari akhirat” (HR BUkhari & Muslim)

Pakaila apa pun, tudung ariani, tudung bawal, tudung ekin, tudung saji, tudung periuk ke, asalkan niat adalah untuk menutup aurat demi memenuhi tuntutan agama, lillahi taala. Pakai tudung kalau nak suruh orang nampak kita baik, besok2 pegila tuntut pahala/syafaat dengan orang tu.

Berbalik kepada soal dakwah, dakwah is not as simple as memberi peringatan kepada golongan yang kontra supaya mengikut saluran yang betul dan bengang bila mereka tak ikut cakap. Ada tahapan-tahapan dan prosedur2nya.

Dakwah adalah sesuatu yang bersistem, dan berperingkat, bukan main boooh aje. Ada beberapa tahapan atau marhalah. untuk menjamin keberkesanan dakwah Marhalah yang pertama dan terpenting adalah taaruf, atau pengenalan. Nak berdakwah mestila orang kena kenal dengan kita. Sebab dakwah itu bukan suruh, tapi ajak. Macamana nak ajak orang kalau orang tak kenal, kan?



Dan taaruf di sini, bukan sekadar kenal nama sapa, duduk mana je, tapi kenal sebagai kawan. Kata kuncinya, golongan jubah mesti berkawan dengan golongan tak cukup kain (dotdot). Tapi syaratnya golongan jubah haruslah kuat semangat dan niat semata2 kerana Allah untuk mengajak orang, bukannye nanti dia pulak yang terjebak. Apa kes plak tuhhh.

Bila dah kenal, dah kawan, dah ambil berat, dah sayang… mestila golongan jubah ni tak sanggup tengok kawan dia terus di dalam keadaan yang dimurkai Allah. Haruslah dia nak kawan dia pun sama2 masuk syurga dengan dia. Maka sampaila ke marhalah ke dua yakni pembangunan iman. Bukannya bagi ceramah 15 minit tentang keimanan, tak.. tapi dari segi perbuatan dan perbualan yang secara indirect menyentuh pada soal2 keimanan.

Contohnya, bila keluar ke bandar bersama, masuk waktu solat, si jubah berkata kepada si dotdot “Alamak dah masuk waktulah, jom cari masjid. Aku takutlah lambat2kan solat nanti Allah masukkan kita dalam golongan yang lalai. Taknak aku masuk neraka.. aku takuttt, api neraka tu panasss sangat. Panas api kat dunia ni pun aku dah tak tahan!” See, si Jubah takde pun suruh si DotDot pegi solat ke, tapi ada daya mengajak di situ. Yang si dotdot nak ikut ke taknak ke tu bukan soal dia. Memang take time tapi itu la strategi namanya.


Lepas tu, bila dalam hati si DotDot dh terserap dengan cara hidup si Jubah yang penuh dengan amal soleh, maka tugas si jubah seterusnya ialah dengan membantu si DotDot menyelesaikan urusan agamanya. Maksudnya, kalau selama ni si DotDot hidup begelumang maksiat, bantu dia supaya jauhkan maksiat tu. Cuba ajak dia join usrah ke ceramah ke daripada pergi berjoget kat kelab. Mungkin hari ni dia taknak, tapi Allah itu Maha Mengetahui.

Apa yang penting.. kerjaaasamaaa! Hehe, apa yang penting ialah si daei mesti berakhlak mulia dan tunjukkan contoh yang baik kepada mad’u. Akhlak mulia tu bukannya kena duduk masjid 20 jam sehari, mengaji 10 kali khatam sehari, tapi berhubung dengan manusia dengan hubungan yang baik. Bila jumpa DotDot and the gang, melemparkan senyum, bukan geleng kepala.

Daei yang sebenar berdakwah untuk agama, bukan untuk dirinya. Dia tahu dia juga akan dihisab nanti. Dia pun tahu, dia tak semestinya terlepas dari seksa api neraka. Jadi, apa yang dilakukan adalah atas dasar memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam, bukan nak tunjuk best kat orang. Mentang2 la pakai jubah tudung labuh nak orang hormat as solehah, whateverlah. Tidak tidak.. seorang daei takde perangai macam tu.

Saya bersetuju dengan pendapat M-I-O yang menyatakan bahawa gagalnya dakwah kerana
tiada kepersamaan antara pendakwah dan objek dakwah. Tapi sebenarnya, sebenar2nya, si pendakwah yang disebut itu bukanlah pendakwah yang sebenarnya. Tak layak dipanggil pendakwah kalau secara langsung atau tak langsung, mencaci orang lain, dan makin membuatkan orang lain jauh dari apa yang nak disampaikan. Mereka inilah golongan pemfitnah agama, yang membuatkan orang memandang serong kepada agama Islam.

Kalau kita lihat pendakwah2 terkenal, mahupun pendakwah2 kecil2an, mereka ni adalah orang2 yang ramah, yang mengambil berat, yang ramai kawan, yang berfikiran terbuka, yang universal, etc. Itulah pendakwah sebenarnya, si pengajak kepada kebenaran agama Islam.

Sekarang ni, dengan adanya teknologi internet ntah ape kebenda, wasilah dakwah tu menjadi lebih mudah lagi. Tulis blog pun boleh berdakwah. Dakwah ikut pengetahuan masing2 lah. Kalau pandai pasal parenting, dakwahla pasal parenting. Ilmu kita ni, bukan milik kita untuk simpan & bangga2. Ia adalah ilham dari Allah untuk kita sampaikan kepada orang lain. Kita ni cuma wasilah-Nya saja.




Contoh seruan dakwah yang paling indah ialah, azan. ‘Hayya ‘ala ssolah, hayya ‘alal falaah’, -marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan-. Dan ia bukannye ‘pergilah solat, pergila menuju kejayaan’. Renung-renungkan dan selamat beramal,

di ambil dari Prof Izzi Haji Ali

Khamis, 13 Januari 2011

Sapa kata Mengumpat & Mengaibkan x boleh??? let's read!!!

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

http://theunutterablebeautyofphrases.files.wordpress.com/2010/09/mengumpat011.jpg

SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.

Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : ” Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu “.

Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.

Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.

Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.

JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

—————————–

Satu Lahi Hadis dan kupasan..

Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:

1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.

2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.

3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.

4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.

5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.

6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.

Disediakan oleh:

Ust Muhamad Farhan bin Ismail
Jabatan Feqh Wa Usul
Universiti Mu’tah
Jordan.