Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan

Ahad, 23 Oktober 2011

Petua Mencuci Hati






Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

Isnin, 31 Januari 2011

ReHlAh Yang MeNyErOnOkKaN

Alhamdulillah pagi Ahad semalam PERSIS telah berjaya menganjurkan 1 rehlah di sungai kanching yang cukup meriah. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa seronoknya kami maklumlah pertama kali buat rehlah sepanjang tahun.Walaupun terlewat sikit dari masa yang ditetapkan, Alhamdulillah sampai jugak kami dengan selamat..

Namun yang sangat tak bestnya hanya 3 orang jejaka PERSIS 2nd year yang dapat hadir.. Pada permulaan dianggarkan 60 orang akan datang tapi disebabkan musyaqqah yang tak dapat dielakkan, maka yang hadir dalam 3o++ .tulah apa yang kita telah rancang dengan baik tapi tanpa izin Allah tetap benda tu tak akan berlaku dan perancangan Allah itu adalah lebih baik dan bertepatanlah dengan firmannnya Wamakaru wakarAllah, wAllahu khairul maakirin... Apa-apapun kami mengucapkan tahiah kepada pimpinan baru PERSIS kerana antum telah berjaya menganjurkannya dengan sebaik-baiknya..Tahniah & tahniah!!!

jom kita tengok jejaka2 yang hadir!!!

Nilah antara muslimin yang datang... Wlupun 13 0rang sahaja tapi semangat kami tetap membara!!

Yang paling best waktu main bola...6 orang peserta lawan 7 orang komiti...

walau hujan renyai-renyai air bergelora & monyet & kera bersorak sebagai penonton setia, permainan tetap diteruskan...yang menakjubkan walau peserta hanya 6 orang dan kaki diikat tetap menang mengalahkan komiti dengan 7-3...
Memang rugilah sapa yang tak mari...






Yang komiti pulak banyak main bohong, ada ke patut peserta kene ikat kaki,mereka bebas,last2 kalah jugak...hehhe..sapa suruh main tipu..

Hah lupa pulak,sebelum main bola, kami di uji dengan beberapa modul...antaranya berenang dalam sungai dan merentasi liku2 ombak, mencari harta karun dalam lautan air pink, dan macam2lah...peserta dibahagikan kepada 2...
komiti tak masuk time ni,klo diorang masuk confirm kalah...

group pertama terdiri dari 2 orang jejaka 2nd year & 1 org adik yang comel(baju hitam koler hijau,baju cfs & baju putih belang-belang)... dan group kedua 1 orang syabab 2nd year & 2 orang 1st year(baju biru putih dan 2 orang baju hitam).

nak tau sapa menang? jajaka2 yang di group 1 lah menang beza dalam 15-20 minit..emm takjub...kAlAu 1 minit x pe lg...hehhe gurau je ye group 2,jgn marah nnti kene jual..

hah pengalaman yang rasanya semua tak kan lupa waktu kita solat dalam keadaan basah tapi suci...waktu tu dah hampir dah nak habis tapi tulah walau kita berehlah macamanpun apa yang perlu ditekankan wajib dibuat contoh solat..Best gak kan dapat buat semua sekali baru dapat jalin kan ukhwah fillah yang mantap!!!

Muslimat juga tidak dilupakan...mereka dengan modul-modul mereka...


















Waktu penutup, setiap yang dibuat tak kanlah dibuat saja-saja kan,
Fazrul memainkan peranannya untuk membuat resolusi dari permainan yang ada.. banyaklah yang dapat dan yang paling penting konsep kerjasama dalam persatuan perlu ada..


















Last komiti yang kalah tak puas hati buat deal lagi sekali dengan peserta, mujur mereka menang tapi menang tipis...3-2...klo campur semua peserta tetap menang...kalau komiti tak puas hati lagi,tak yah tunggu lagi,buat rehlah lagi kita lawan lagi...hehhe

sebelum terlupa saksikan gambar yang ada terutama beruk & monyet yang menjadi penonton & penyokong setia kami waktu match
bola...

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kisah Si Katak Kecil

In the name of Allah The most Gracious most Merciful.

A good story to share.
ponder.. reflect of 'aql n heart.



Ada sekumpulan katak buat satu perlumbaan.. semua jenis katak datang.. seemuuua saiz ade, yang besar, sederhana, kecik, gemuk , kurus, dll..semua haiwan dijemput hadir.., raja rimba arahkan unit publicty n promotion dia sebarkan tenantg pertandingan ni. termasuklah seekor katak kecik ni.. katak-katak ni akan berlumba lari utk memanjat satu gunung yang aaamat tinggi.

Hari yang dinantikan tiba... dan wisel pun berbunyi.... priiiit...! semua katak memulakan perlumbaan mereka...kemudian, dengar pula haiwan - haiwan yang jadi penonton 2 bersorak... mereka kata....
" Wah! tingginye gunung ni? Aku sebagai gajah yang besar macam ini pun tak mampu nak sampai ke atas.." zirafah pun sambung...
" Aah la weyh!" sebahagian dari katak 2 terfikir.. logik itu, dan berhenti... terkeluar dari perlumbaan... zirafah pulak sambung...
"Aku yang tiiinggi ni pun tak mampu ni..! tinggi sangat!" sebahagian lagi katak yang dengar tu...., berhenti... sebab mereka pun berfikir apala sangat mereka berbanding gajah n zirafah yang besar tu...kalau diorg pn tak mampu, apetah lagi katak2 tu... tinggal beberapa je katak yang masih teruskan plumbaan.. datang burung sambil terbang..., berkata..." aku ni terbang pun tak tau lg sampai ke tak ke puncak ...ish3..."
Maka.... katak yang tinggal tadi menghentikan pendakian mereka.... kecuali....
katak kecik td...bcampur campur reaksi penonton, kata2 diorang menyatakan impossible dpt naik ke puncak....,dengan nada masing2...tapi..katak tu tak pedulikan..terus je mendaki seorg diri..
Akhirnyaa.... sampai ke puncak...semua haiwan hairan.. kenapa dia mampu, kenapa dia tak tepengaruh dengan kata2 tadi..kenapa dia tak ikut katak2 yang besar untuk berhenti...
soalan2 tu ditanya bertubi2 kepada si katak kecil.. namun...
tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh sang katak tu.... rupanya....
katak kecil 2...
PEKAK.....

Pengajaran dari cerita ni... jangan sesekali kite dengar kata2 pesimis dari luar..pekakkan telinga kita..teruskan mendaki..walau sekecil mana pun kita berbanding org lain...kerana...kata2 tu hanya akan menghancurkan impian kita..
fight 4 your dream..
don't eva give up..
jadi mcm katak kecil
yang mampu sampai ke puncak

yang mana gajah, zirafah dan burung yang mmpunyai kelebihan yang lebih pn tak mampu buat..



"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
[Surah Yusuf ayat 12]