Memaparkan catatan dengan label ponder. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ponder. Papar semua catatan

Rabu, 3 November 2010

JOM PAKAT MAI SHAH ALAM

Khamis, 21 Oktober 2010

"top up"


salam..in the name of Allah..da most gracious da most merciful


“Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.

Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita..


Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata “Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidak tidur malam..Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang mengangkat senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu,inikan pula hendak pergi berperang.

Mari kita sama-sama muhasabah diri kita..

Suka untuk saya bercerita kisah seorang sahabat Nabi bernama Amir bin Said.Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab.Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa,Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Amir bin Said,tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau.Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”.Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin.Ketika menjadi gabenor di Kufah,pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.

Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ; pertama(1),Said bin Umar tidak keluar dua kali dalam masa sebulan.Kedua(2),beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan ketiga(3),beliau tidak keluar pada waktu malam.Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang.Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba.Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.

Itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu,bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri.Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai.Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna” .

Berkata ulama’,terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati :

1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan
3.Bangun malam dengan beribadat
4.Bermunajat pada waktu sahur
5.Berdamping dengan orang Soleh
6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat
7.Uzlah daripada orang jahil
8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil)
9.Makan benda yang halal

Konklusinya,marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa kita lakukan.Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama ‘top-up’ yang akan mengisi ‘kredit’ untuk kita pada hari perhitungan nanti,insyaALLAH..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal"..

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kisah Si Katak Kecil

In the name of Allah The most Gracious most Merciful.

A good story to share.
ponder.. reflect of 'aql n heart.



Ada sekumpulan katak buat satu perlumbaan.. semua jenis katak datang.. seemuuua saiz ade, yang besar, sederhana, kecik, gemuk , kurus, dll..semua haiwan dijemput hadir.., raja rimba arahkan unit publicty n promotion dia sebarkan tenantg pertandingan ni. termasuklah seekor katak kecik ni.. katak-katak ni akan berlumba lari utk memanjat satu gunung yang aaamat tinggi.

Hari yang dinantikan tiba... dan wisel pun berbunyi.... priiiit...! semua katak memulakan perlumbaan mereka...kemudian, dengar pula haiwan - haiwan yang jadi penonton 2 bersorak... mereka kata....
" Wah! tingginye gunung ni? Aku sebagai gajah yang besar macam ini pun tak mampu nak sampai ke atas.." zirafah pun sambung...
" Aah la weyh!" sebahagian dari katak 2 terfikir.. logik itu, dan berhenti... terkeluar dari perlumbaan... zirafah pulak sambung...
"Aku yang tiiinggi ni pun tak mampu ni..! tinggi sangat!" sebahagian lagi katak yang dengar tu...., berhenti... sebab mereka pun berfikir apala sangat mereka berbanding gajah n zirafah yang besar tu...kalau diorg pn tak mampu, apetah lagi katak2 tu... tinggal beberapa je katak yang masih teruskan plumbaan.. datang burung sambil terbang..., berkata..." aku ni terbang pun tak tau lg sampai ke tak ke puncak ...ish3..."
Maka.... katak yang tinggal tadi menghentikan pendakian mereka.... kecuali....
katak kecik td...bcampur campur reaksi penonton, kata2 diorang menyatakan impossible dpt naik ke puncak....,dengan nada masing2...tapi..katak tu tak pedulikan..terus je mendaki seorg diri..
Akhirnyaa.... sampai ke puncak...semua haiwan hairan.. kenapa dia mampu, kenapa dia tak tepengaruh dengan kata2 tadi..kenapa dia tak ikut katak2 yang besar untuk berhenti...
soalan2 tu ditanya bertubi2 kepada si katak kecil.. namun...
tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh sang katak tu.... rupanya....
katak kecil 2...
PEKAK.....

Pengajaran dari cerita ni... jangan sesekali kite dengar kata2 pesimis dari luar..pekakkan telinga kita..teruskan mendaki..walau sekecil mana pun kita berbanding org lain...kerana...kata2 tu hanya akan menghancurkan impian kita..
fight 4 your dream..
don't eva give up..
jadi mcm katak kecil
yang mampu sampai ke puncak

yang mana gajah, zirafah dan burung yang mmpunyai kelebihan yang lebih pn tak mampu buat..



"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
[Surah Yusuf ayat 12]

Khamis, 9 September 2010

sayonara~


Jejak2 ramadhan sudah pun meniggalkan saki-bakinye yg trakhir...perjalanan yg akn disambung oleh kedatangan satu lg bulan mulia..kurnian Yg Maha Pencipta kpd hamba2Nya yg dikasihi...

Mlm ke-30 ramadhan...mlm trakhir tarawih.... mlm itu..subhanAllah...luar biasa jemaah yg hadir...bayangkan...x sampai separuhpun yg berundur selepas 8 rokaat..rata2 yg hadir menyelesaikan 20 rokaat berserta witir...masyaAllah..seakan trbalik dr kebiasaan yg hanya tinggal 2 to 3 saf yg menghabiskan 20 rokaat tarawih....fenomina jarang2 berlaku di tengah2 ibu kota shah alam...subhanAllah

trsentuh hati2 penduduk s.alm dan sekitrnye apabila mengaminkn bacaan qunut imam masjid negeri dlm witirnye..aduhai...sayu sungguh..

“Ya Allah ya tuhan kami kau terimalah amalan kami di sepanjang ramadhan...Ya Allah..kau terimalah puasa kami,tarawih kami,qiamullai kami dan segala ibadah kami di sepanjang ramadhan...Ya Rabb...Kau ampunilah kami..kedua ibu bapa kami,guru2 kami kaum keluarga kami...kaum suami dan kaum isteri...anak2 kami..sahabat2 kami..Ya Allah ..kurniakanlah kami , rahmatMu, maghfirahMU, dan itqun minnan nar (perlepasan dr api neraka)....sesungguhnye hati2 yg berhimpun pd ml mini amat sedih mahu meninggalkan bulan tarbiah Mu yg penuh barokah ini Ya Allah ...akan tetapi..kami akur pada ketentuan Mu Ya Allah...Ya Allah...rezekikanlah kami utk bertemu lg dengan ramahdan pd tahun akan datang “(sekadar yg sempat ku ingat).....

subhanaAllah....tersentak hati..mcm baru trjaga dr mimpi yg panjang....dh nk habis ramadhan rupenye....tp amalan ku? Khusyukku?penghambaanku?. Ya Allah....diselubungi perasaan malu tadkala sujud syukur dipanjatkan..

Ya Allah..terimalah amalan kami sepanjang bulanMu yg mulia ini...kurniakanlah kami rahmahMu, maghfirah Mu srta itqan minannar...amin.Jom ambil peluang ramadhan utk sama2 kita ucapkan sayonara jahiliah



accelerate iman ,amal,ibadah

~malam 30 ramadhan~