Sabtu, 23 April 2011

ukhuwah fillah.

salam buat semua sahabat-sahabat...salam maaf atas tidak meng-update-kan blog buat sementara waktu..insyAllah kesilapan akan diperbaiki dari semasa ke semasa..:)

Sebelum sahabat membaca post kali ini..marilah kita renung-renungkan firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,( bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan amalan kamu )".


Rasulullah s.a.w memberi peringatan kpd umatnya supaya berhati-hati apabila memilih teman.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,

'Seseorang itu menurut agama sahabatnya , oleh itu seseorang Muslim itu hendaklah berhati-hati dengan siapakah yang harus dia pilih sebagai sahabat'( Hadis riwayat Ahmad)'




Jelaslah di sini bahawa Allah amat menggalakkan hambaNya menjalinkan ukhuwah antara sahabat dan sebaik-baik ukhuwah yg dijalinkan hanyalah kerana Allah s.w.t. Sesungguhnya kelebihan ukhuwah kerana Allah adalah yang terlibat di dalamnya sentiasa mengingatkan masalah-masalah akhirat.



Antara hadis yg mengisahkan ukhuwah kerana Allah..Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

'Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di satu kampung.Maka Allah mengutus seorg malaikat utk mencegat disuatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika org tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: "Hendak ke mana engkau?" Ia menjawab:"Aku hendak mengunjungi saudaraku yg berada di kampung ini." Malaikat kembali bertanya:" Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?". Ia menjawab:" Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah." Lantas malaikat itu berkata ( membuka identitinya): "Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yg dikirim kepadamu utk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudaramu".'



Persahabatan dgn teman yg soleh lagi bertakwa akan menjulang temannya itu ke mercu kemuliaan dan kesejahteraan , manakala persahabatan dgn teman yg jahat pula hanya membawanya ke lubuk kehinaan dan kecelakaan yg tiada penghujungnya.