Selasa, 31 Ogos 2010

USRAH


PENGERTIAN USRAH
- Bahasa Arab : Keluarga.

- Istilah : kumpulan individu muslim (afradul muslim) yg beriman dgn Allah, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain utk memahami dan menghayati ISLAM. Usrah membentuk ikatan perpaduan yang dibina atas dasar AQIDAH ISLAMIYYAH dan terjalin dgn satu ikatan persaudaraan ISLAM ( Ukhuwwah Islamiyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yg sanggup hidup dan mati memperjuangkan ISLAM.


MATLAMAT USRAH

- Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran ISLAM yg syumul.

- Mengukuhkan semangat Ukhuwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.

- Menambahkan penghayatan ISLAM dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap ISLAM.

- Membentuk satu generasi yg benar-benar memahami ISLAM, beramal dgn ajaran ISLAM dan bersedia utk memperjuangkan agama ALLAH.

SEJARAH USRAH

- Bermula zaman Rasulullah s.a.w. apabila pemeluk ISLAM meningkat kpd 50 lelaki dan perempuan. Rasulullah telah memilih sebuah rumah yg terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran ISLAM, tunjuk ajar dan nasihat. Semua ini telah Berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk ISLAM. Kebanyakan mereka adalah golongan org fakir miskin dan hamba yg tidak ada tempat dlm masyarakat Quraisy.



RUKUN-RUKUN USRAH

- Rukun USRAH terdiri drpd 3 perkara yg perlu diberi perhatian oleh semua ahli USRAH dan brsungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi beban yg tidak membawa sebarang erti. 3 rukun USRAH tersebut ialah :

1) Al-Ta’aruf ( berkenalan )
2) Al-Tafahum ( persefahaman )
3) Al-Takaful ( bantu membantu/ perseimbangan )



· Al-Ta’aruf ( berkenalan )

o Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama USRAH. Setiap ahli hendaklah mengenal antara satu sama lain serta berkasih saying dlm naungan ruh Allah. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati sesame saudara. Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yg boleh mengeruhkan hubungan tersebut. Ini boleh dilakukan dgn menjunjung perintah Allah dan sunnah Rasulullah, bahkan kedua-duanya wajib ditunaikan mengatasi perkara-perkara lain. Firman Allah s.w.t.

Maksudnye :

“ Sesungguhnya setiap org yg beriman itu adlah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesame saudara kamu..”

Firman Allah seterusnya yg bermaksud :

“ …dan hendaklah kamu semua berpegang kepada tali Allah kesemuanya dan janganlah kamu berpecah belah…”


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :

“ Seorang mukmin bagi mukmin yg lain spt bangunan yg sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yg lain.”

Sabda Rasulullah lagi :

“ org Muslim adlh saudara bagi muslim yg lain, ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.”


· Al-Tafahum ( persefahaman )

o Kita dituntut sepanjang masa utk berpegang teguh kpd kebenaran, iaitu dgn mngerjakan suruh Allah dan meninggalkan segala laranganNYA. Ahli usrah mesti sentiasa meneliti diri sehalus-halusnye samada benar-benar tlh menunaikan perintah Allah atau menderhakai perintahNYA. Setelah memeriksa diri sendiri, maka hendaklah nasihat menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurangan pd saudara yg lain.

o Dalam memberi nasihat, yg diberi nasihat hendakalah bersedia menerima nasihat dari saudaranya dan berterima kasih atas nasihat tersebut, manakala pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka terhadap saudaranya yg tersilap tadi walaupun perubahan hati itu sekadar jarah sehelai rambut sekalipun.

o Nasihat hendaklah diberi dgn cara yg baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yg dinasihati. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dgn cara tidak menlahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu selama sebulan dan tidak menceritakan kecacatan yg telah diperhatikannya kpd ketua USRAH. Ia hendaklah menceritakan hal itu kpd ketua USRAH jika merasa tidak berdaya utk memperbaikinya.

o Dalam apa jua keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yg bersalah tadi, malah hendaklah memberikan kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yg dikehendaki. Saudara yg diberi nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kpd pemberi nasihat. Ini kerana martabat “ berkasih sayang kerana Allah” adalah setinggi-tinggi martabat kasih sayang sesame manusia. Nasihat pula merupakan dasar yg amat penting dlm agama ISLAM. Ini bersesuaian dgn sabda Rasulullah yg bermaksud “ Agama itu adalah NASIHAT “.


· Al- Takaful ( bantu-membantu/perseimbangan )

o Bantu membantu dalam memelihara nasib sesame sendiri hingga tiada yg terbiar dan terdampar. Dasar takaful ini hendaklah dilaksanakan dgn brsungguh-sungguh utk bersama-sama memikul bebanan sesame sendiri. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah yg sejati. Utk mengamalkan rukun al-takaful ini, kita hendaklah sentiasa bertnya khabar berita, ziarah-menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin.


Sabda Rasulullah yg berbunyi :
“ sekiranya seseorang kamu berjalan krn hendak menolong saudarnya, itu adalah lebih baik baginya darpd beriktikaf selama sebulan di dalam masjidku ini.“

Rabu, 4 Ogos 2010

5 Syarat Nak Buat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima

syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah,

jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"

tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan

rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata

kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan

tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.


Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi

yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan

maksiat?" kata Ibrahim.


Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah

kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal

soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai

Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan

mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan

Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau

malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti,

jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah

pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi

mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat

kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Sabtu, 24 Julai 2010

Beribadah Seolah-olah Melihat Allah... Bagaimana?

Aliran Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali yang menekankan pendekatan lembut terhadap pelaku dosa adalah satu hikmah, begitu juga Ibnul Qayyim yang bertindak sebaliknya. Pendekatan al-Ghazali melahirkan perasaan mengharap dan yakin yang tinggi terhadap kemurahan Allah SWT, sedangkan aliran Ibnul Qayyim membentuk ketakutan yang tinggi sekaligus menakutkan jiwa-jiwa untuk melakukan dosa.

Al-Ghazali dalam Mukasyafah al-Qulub menitipkan kemurahan Allah SWT yang begitu banyak mengampuni kesalahan dan dosa yang dilakukan seseorang hamba. Ia merupakan satu pendekatan dakwah yang sangat baik untuk orang yang baru menjejakkan kaki ke alam taubat, manakala inzar dan peringatan keras Ibnul Qayyim sangat sesuai untuk orang yang sudah lama berada dalam dunia tasawuf.

Abu Bakar melahirkan perasaan takut terhadap balasan Allah SWT dengan berkata: Aku lebih senang menjadi selembar rambut yang menempel pada tubuh hamba sahaya yang beriman. Dalam ungkapan lain, beliau dengan penuh kesedaran berkata: Demi Allah, rasanya aku ingin menjadi sebatang pohon yang dimakan serangga dan kemudian ditebang.

Umar pun sebegitu keinsafannya. Beliau dengan khusyuk melafazkan: Semoga aku menjadi rerumputan hijau yang dimakan haiwan. Uthman pula berkata: Seandainya aku ini berdiri di antara syurga dan neraka, sedangkan aku tidak tahu ke mana akan aku dicampakkan, maka aku lebih rela untuk menjadi debu sebelum ditentukan kedudukanku.

Abu Ubaidah menyayatkan hati apabila telus menyatakan: Rasanya aku ingin menjadi domba sahaja kemudian disembelih oleh keluargaku lalu mereka memakan dagingku dan menikmati kuahnya. Malah digambarkan ketakutan dan kekhusukan yang dimiliki Umar dan Ibnu Abbas, mereka asyik dan kerap menangis sehingga nampak aliran bekas di bawah matanya.

Hassan al-Basri adalah contoh orang yang sangat dekat dengan Allah SWT. Wajah beliau tampak seolah-olah baru sahaja pulang dari tanah perkuburan setiap masa kerana sentiasa takutkan Allah SWT. Mereka benar-benar merasakan Allah SAW sangat rapat dengan mereka, malah lebih dekat daripada urat leher mereka sendiri. Mereka mencapai tahap ihsan yang sentiasa merasakan mereka berada di bawah pemerhatian Tuhan mereka dan mereka sendiri seolah-olah dapat melihat Allah SWT.

Thinah al-Khabal adalah keringat penduduk neraka. Al-Ghauthah pula mata air yang mengalir daripada kemaluan pelacur yang bau kemaluan mereka membuatkan penduduk neraka terasa muak. Suasana padang mahsyar yang padat dengan bau busuk pelaku maksiat yang duduk berhimpitan dalam keadaan telanjang sangat menggerunkan. Apabila mengingatkan soal ini, maka bagaimanakah hati orang yang dekat dengan Allah SWT boleh tenang dan tenteram?

Rabi’atul Adawiyah pula membawa konsep kecintaan kepada Allah SWT. Ada beliau bersya’ir:
“Semua orang beribadat kerana takutkan neraka, Dan mereka merasakan pembebasan daripada api neraka sebagai satu keberuntungan yang besar,
Atau mereka (beribadat) kerana inginkan syurga, Berada di istana dan meminum air mata salsabila
Aku pula beribadat bukan kerana syurga dan takutkan neraka, Aku tidak mahu kasih sayangku ditukar ganti”

Wali sufi wanita ini dikatakan pernah membawa sebaldi air dan seunggun api di kedua-dua tangannya. Beliau menyatakan ingin membakar syurga dan memadamkan neraka supaya orang tidak beribadat kerana inginkan syurga dan takutkan neraka. Beliau termasuk kalangan arif billah, yang mengenal Allah SWT segenap jiwa raganya sehingga menyebabkan tiada lagi cinta dalam dirinya selain cinta yang terpecah daripada kecintaan yang satu itu.

Kebaikan itu adalah baik budi pekerti, sedangkan dosa itu apa yang bergetar dalam hati dan mebuatkan kita malu apabila ia diketahui orang lain. Orang yang mencari cinta Allah SWT terbakar jiwanya sehingga jiwanya menjadi tidak menentu apabila mengingatkan dosa-dosa lampau. Mereka juga tidak tenteram dengan ibadatnya yang disangka sedikit meskipun banyak pada pandangan umum sebenarnya. Mereka merasakan diri mereka munafik dan berdosa besar apabila sedikit tersilap walhal itu bukanlah satu kesilapan buat orang yang umum.