Ahad, 23 Oktober 2011

Petua Mencuci Hati






Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

Jumaat, 14 Oktober 2011

J0m ReHAt sEbeNTaR

~Bismillahirrahmanirrahim~


Kartun-kartun di bawah tidak ada kene mengena antara yang hidup atau yang meninggal dunia . Ini hanyalah sekadar hiburan untuk difikir-fikirkan bersama.... Selamat membaca... ^^















=renungan bersama=
TEPUK DADA.. JAWAB SENDIRI...


@sekiranya ada jalan untuk tersenyum... kenapa pilih jalan untuk bersedih...@



Ahad, 18 September 2011

PEPERIKSAAN : antara cita-cita & realiti

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......



M

usim peperiksaan sudah hampir tiba. Masing-masing sibuk mengulit buku-buku, nota-nota dan gambar-gambar. Perpustakaan tiba-tiba pebuh luar biasa. Aktiviti-aktiviti masa senggang banyak yang ditinggalkan demi memberi tumpuan kepada peperiksaan. Debaran peperiksaan sungguh kuat sehingga ramai yang menjadi gelisah hanya memikirkan tentangnya. Antara lulus dan gagal, ada satu jurang yang besar. Gagal bukan sahaja bermakna terpaksa mengulangi subjek tersebut, malah ia juga bermakna terpaksa menambah tempoh pengajian, terpaksa berhadapan risiko ditamatkan pengajian( kalau pointer rendah), terpaksa berhadapan dengan ibu-bapa dan keluarga, dan yang paling getir, terpaksa berhadapan dengan diri sendiri, mempersoalkan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan segala usaha telah dicurahkan, cuba mencari di mana kesilapan diri dan cuba meyakinkan diri bahawa peluang masih ada.




Bukan niat penulis untuk menakut-nakutkan pembaca dengan isu gagal ini, tetapi kita perlu membuat persiapan mental bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pertama sekali, kita perlu meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah dan meyakini bahawa segala perancanganNya adalah yang terbaik. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah, “Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu” (216) Allah sentiasa mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Sebagai contoh, kita perlu ingat bahawa tujuan seseorang menjadi doktor adalah untuk menyelamatkan nyawa manusia. Mungkin,hikmah di sebalik kegagalan dalam peperiksaan itu ialah supaya seseorang itu mempunyai lebih masa untuk mendalami ilmu itu dengan lebih tekun sehingga dia akhirnya menjadi seorang doktor yang lebih baik di masa depan. Mungkin juga kerana Allah tahu bahawa dia belum bersedia.

Hakikatnya, ramai tokoh-tokoh yang hebat lahir dari golongan mereka yang gagal berkali-kali tetapi setiap kali mereka gagal bangun kembali dengan gagah membetulkan kesilapan yang lalu. Saya pernah diberitahu oleh seorang doktor yang hebat yang dalam perjalanannya untuk menjadi seorang doktor, dia pernah menghadapi kegagalan. Tetapi dia tidak menjadikan itu suatu alasan untuk berputus asa. Dia tidak berasa tertekan melihat rakan-rakannya terus maju ke depan sedangkan dia terpaksa mengulang semester yang sama, kerana dia sentiasa memberitahu dirinya, ‘Biarkan orang lain berlari, aku akan terus berjalan sehingga aku sampai ke destinasiku’. Dan akhirnya dia betul-betul sampai ke tempat yang dituju dan menjadi seorang doktor yang hebat.

Ingatlah, gagal dalam peperiksaan itu juga boleh menjadi satu bentuk cubaan Allah terhadap hambaNya. Mereka yang gagal itu mungkin sahaja mereka yang rajin belajar dan telah mencurahkan segala daya usaha mereka tetapi Allah hendak menguji mereka dengan ujian yang kecil. Ingatlah firman Allah, “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu,dan belum nyata orang-orang yang sabar” (3:142) Setiap dari kita akan diuji oleh Allah, cuma mungkin dalam bentuk-bentuk yang berbeza. Selagi kita menaruh sepenuh kepercayaan terhadap janji-janji Allah, insyaAllah Dia tidak akan mempersiakan doa kita.

Dan ingatlah juga bahawa setiap kesukaran yang kita tempuhi bukan penamat kepada segala cita-cita kita. Sepertimana firman Allah di dalam surah Al-Insyirah, “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (5), dan Allah menegaskan sekali lagi dalam ayat seterusnya, “Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan”. Sekiranya kita berpegang teguh dengan kalimat-kalimat ini kita akan mendapat ketenangan dan kita akhirnya akan menyedari betapa besarnya hikmah dari segala yang berlaku.

Saya sendiri mempunyai rakan-rakan yang telah dan pernah merasai peritnya sebuah kegagalan itu. Dan saya melihat betapa kuatnya mereka ini. Dari luarannya mereka mungkin nampak kerdil tetapi dalam diri mereka ada jiwa yang teguh dan tidak mengenal erti putus asa. Walaupun pahit mereka tetap mengutip kekuatan diri dan terus tegak mengharungi kepahitan itu. Dari manakah mereka memperoleh kekuatan sebesar itu? Pastinya dari kepercayaan yang kukuh kepada Allah dan pengharapan sepenuhnya kepadaNya, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Akhir sekali, ingatlah juga kata-kata dari Henry Ford ini, ketika orang-orang di sekelilingnya langsung tidak menaruh kepercayaan kepadanya dalam usahanya membina sebuah kenderaan yang tidak memerlukan tenaga fizikal untuk digerakkan, dia hanya berkata, “Aku tidak akan berhenti membuat sesuatu sehingga aku menamatkannya”. Jalan boleh menjadi sangat berliku sehingga kita tidak punya harapan dan keyakinan untuk menjumpai jalan keluar, tetapi selagi kita mempunyai azam untuk terus mencari jalan keluar itu, kaki kita akan terus juga melangkah.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua yang akan menempuh peperiksaan. Marilah kita mendoakan kejayaan setiap dari kita. GAMBATE..!!

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” (3:139)


[dipetik dari majalah al-falah]