Khamis, 5 Mei 2011

Demam Peperiksaan

Assalamualaikum sahabat-sahabat.Apa khabar,sihat?Moga sahabat semua sentiasa berada dalam linGkungan rahmat kesihatan dari-Nya.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Selawat dana salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.,ahli keluarga Baginda,dan para sahabat Baginda.


Debaran minggu peperiksaan bakal menjelma tiba kurang beberapa hari lagi.Persiapan yang dilakukan oleh sahabat-sahabat menjelang peperiksaan kali berharap dalam keadaan yang baik dan mudah-mudahan sahabat semua dipermudahkan urusan dalam merancang saat-saat akhir peperiksaan ini.Sahabat-sahabat sekalian,untuk menjadi seorang pelajar cemerlang,baik akademik,sahsiah malah dari segi urusan dirinya dengan Allah haruslah BIJAK dalam menguruskan masa.Begitu juga sahabat-sahabat takkala minggu peperiksaan strategi penyusunan masa mestilah mantap sebaik mungkin bagi memudahkan pengurusan belajar yang efektif.Firman Allah S.W.T:


Selain itu, persediaan peperiksaan yang sangat wajar dititikberatkan buat setiap individu sudah semestinya persediaan dari segi fizikal.Contohnya,penjagaan kesihatan,pemakanan dan amat penting juga disini pengurusan tidur.Badan yang sihat menjadikan otak kita lebih efektif disiang hari dalam pengurusan kita.Kemudian,persediaan dari segi rohani,dalaman kita.Persediaan rohani jangan diabaikan,urusan kita dengan Allah.Hiasi hati kita dengan Zikrullah dan membaca Al-quran.Dengan cara memantapkan rohani kita adalah satu cara terbaik menenangkan debaran hati sewaktu peperiksaan,dalam firman Allah:


" Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang "
( Surah Ar-Ra’d 13:28 )



Kemudian setelah membuat persiapan yang rapi sebelum peperiksaan,maka sebagai seorang pelajar yang meletakkan belajar sebagai ibadah kita kepada Allah,iringanlah usaha ini dengan DOA dan TAWAKAL.Sahabat-sahabat ingat D.U.I.T.(Doa,Usaha,Ikhtiar dan Tawakal).

DOA PENERANG HATI:

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"


Oleh itu,sahabat-sahabat,kita serahkan pada Allah usaha ini kepada-Nya sepenuhya.Yakinlah dengan pertolongan Allah bersama-sama orang yang beriman.Renungi firman Allah:


Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)



Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Alhamdulillah.sahabat-sahabat,moga anda semua berusaha dan tetap berusaha dalam menuntut ilmu.Moga kita semua dipermudahkan urusan dalam peperiksaan.SALAM IMTIHAN!Mumtaz,insya Allah.


Berikut ada beberapa tips yang berguna..PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG MENURUT AL-QURAN

Tiada ulasan: