Jumaat, 28 Oktober 2011

ghuraba'

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Gelombang arus ketamadunan barat yang kian memandu umat islam ketika ini sebenarnya berjaya mendidik serta membasuh minda segolongan daripada kita untuk terus cinta kepada dunia, sehinggakan menjadikan dunia ini sebagai matlamat hidup. teringat kepada satu artikal seorang guru,dia menulis cinta kepada dunia ini sebenarnya perlu digantikan dengan cinta kepada allah tanpa sesekali mengabaikan dunia.hakikatnya,kecintaan kepada allah ini secara tidak langsung akan melahirkan kita kepada kecintaan kepada akhirat dan ia mempunyai manifestasinya.Diantara manifestasinya adalah berani melawan arus kesesatan dan kemungkaran yg melanda dan dyorang itulah yang sebenarnya layak digelar ashabul kahfi pada akhir zaman.

Mereka juga layak digelar sebagai Ghuraba’ sepertimana yang direkodkan oleh imam ahmad yang bermaksud

“islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya,maka bahagialah golongan ghuraba”.

Sahabat nabi bertanya kepada nabi,

“siapakah ghuraba’ ya rasulullah?”

Nabi berkata,

“mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia”.

Memperbaiki perkara yang sudah rosak bukan perkara yang mudah,apatah lagi apabila kerosakannya sudah begitu teruk.Namun tidak dapat tidak itu adelah tugas yang wajib dilaksanakan oleh mereka yg cintakan agama,kerana kemuliaan diri mereka terletak disitu.Justeru adelah menjadi tanggungjawab kepade kite sebagai da’ei (x kisah yg amik part-time mahupun yg amik fulltime..hehe) utk bertindak sebagai seorang yg rakus utk mencari ilmu yg mantap lagi sahih supaya pembaikan yg kita ingin bawa di pentas pelaksanaan dpt diimplementasikan dgn baek.

Usaha pembaikan yang penting adelah dengan mengislah manusia terutamanya kefahaman mereka.berhubung dengan ini ade hadis yang menerangkan kata2 nabi yg bermaksud

“manusia laksana lombong emas dan perak.mereka yg terbaik pada zaman jahiliah dan mereka juga terbaik di dalam islam apabila mereka memiliki kefahaman agama”.

Kefahaman yg sahih perlu disusuli dengan amal yang salih.ia mempunyai suara dakwahnya yg tersendiri kerana dakwah tanpa contoh PERSIS pohon tanpa baja.contoh atau model yg terbaik amat diperlukan,ape gune jika kite lantang bersuara membetulkan keadaan,hebat bermain ayat dlm post di facebook,blog dan sbginya sedangkan amalan kite songsang,impaknya dakwah kite mendapat cemuhan seterusnya memberi fitnah kepada kite lebih buruk lagi terhadap imej islam itu sendiri.(dlm erti kte laen bab nih r pling susah dan killer skit).

“Wahai mereka yg beriman, mengapa kamu mengatakan perkara yg tidak kamu lakukan? allah murka kepada mereka yang mengatakan perkara yang tidak mereka lakukan”. as-Saff.

(rse berat nk taip,mudah-mudahan allah bantu kite,inshallah ape yg ditaip utk diri ana sendri T_T dan utk shabat persis)

wallahualam…..

Tiada ulasan: