Sabtu, 24 Julai 2010

Beribadah Seolah-olah Melihat Allah... Bagaimana?

Aliran Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali yang menekankan pendekatan lembut terhadap pelaku dosa adalah satu hikmah, begitu juga Ibnul Qayyim yang bertindak sebaliknya. Pendekatan al-Ghazali melahirkan perasaan mengharap dan yakin yang tinggi terhadap kemurahan Allah SWT, sedangkan aliran Ibnul Qayyim membentuk ketakutan yang tinggi sekaligus menakutkan jiwa-jiwa untuk melakukan dosa.

Al-Ghazali dalam Mukasyafah al-Qulub menitipkan kemurahan Allah SWT yang begitu banyak mengampuni kesalahan dan dosa yang dilakukan seseorang hamba. Ia merupakan satu pendekatan dakwah yang sangat baik untuk orang yang baru menjejakkan kaki ke alam taubat, manakala inzar dan peringatan keras Ibnul Qayyim sangat sesuai untuk orang yang sudah lama berada dalam dunia tasawuf.

Abu Bakar melahirkan perasaan takut terhadap balasan Allah SWT dengan berkata: Aku lebih senang menjadi selembar rambut yang menempel pada tubuh hamba sahaya yang beriman. Dalam ungkapan lain, beliau dengan penuh kesedaran berkata: Demi Allah, rasanya aku ingin menjadi sebatang pohon yang dimakan serangga dan kemudian ditebang.

Umar pun sebegitu keinsafannya. Beliau dengan khusyuk melafazkan: Semoga aku menjadi rerumputan hijau yang dimakan haiwan. Uthman pula berkata: Seandainya aku ini berdiri di antara syurga dan neraka, sedangkan aku tidak tahu ke mana akan aku dicampakkan, maka aku lebih rela untuk menjadi debu sebelum ditentukan kedudukanku.

Abu Ubaidah menyayatkan hati apabila telus menyatakan: Rasanya aku ingin menjadi domba sahaja kemudian disembelih oleh keluargaku lalu mereka memakan dagingku dan menikmati kuahnya. Malah digambarkan ketakutan dan kekhusukan yang dimiliki Umar dan Ibnu Abbas, mereka asyik dan kerap menangis sehingga nampak aliran bekas di bawah matanya.

Hassan al-Basri adalah contoh orang yang sangat dekat dengan Allah SWT. Wajah beliau tampak seolah-olah baru sahaja pulang dari tanah perkuburan setiap masa kerana sentiasa takutkan Allah SWT. Mereka benar-benar merasakan Allah SAW sangat rapat dengan mereka, malah lebih dekat daripada urat leher mereka sendiri. Mereka mencapai tahap ihsan yang sentiasa merasakan mereka berada di bawah pemerhatian Tuhan mereka dan mereka sendiri seolah-olah dapat melihat Allah SWT.

Thinah al-Khabal adalah keringat penduduk neraka. Al-Ghauthah pula mata air yang mengalir daripada kemaluan pelacur yang bau kemaluan mereka membuatkan penduduk neraka terasa muak. Suasana padang mahsyar yang padat dengan bau busuk pelaku maksiat yang duduk berhimpitan dalam keadaan telanjang sangat menggerunkan. Apabila mengingatkan soal ini, maka bagaimanakah hati orang yang dekat dengan Allah SWT boleh tenang dan tenteram?

Rabi’atul Adawiyah pula membawa konsep kecintaan kepada Allah SWT. Ada beliau bersya’ir:
“Semua orang beribadat kerana takutkan neraka, Dan mereka merasakan pembebasan daripada api neraka sebagai satu keberuntungan yang besar,
Atau mereka (beribadat) kerana inginkan syurga, Berada di istana dan meminum air mata salsabila
Aku pula beribadat bukan kerana syurga dan takutkan neraka, Aku tidak mahu kasih sayangku ditukar ganti”

Wali sufi wanita ini dikatakan pernah membawa sebaldi air dan seunggun api di kedua-dua tangannya. Beliau menyatakan ingin membakar syurga dan memadamkan neraka supaya orang tidak beribadat kerana inginkan syurga dan takutkan neraka. Beliau termasuk kalangan arif billah, yang mengenal Allah SWT segenap jiwa raganya sehingga menyebabkan tiada lagi cinta dalam dirinya selain cinta yang terpecah daripada kecintaan yang satu itu.

Kebaikan itu adalah baik budi pekerti, sedangkan dosa itu apa yang bergetar dalam hati dan mebuatkan kita malu apabila ia diketahui orang lain. Orang yang mencari cinta Allah SWT terbakar jiwanya sehingga jiwanya menjadi tidak menentu apabila mengingatkan dosa-dosa lampau. Mereka juga tidak tenteram dengan ibadatnya yang disangka sedikit meskipun banyak pada pandangan umum sebenarnya. Mereka merasakan diri mereka munafik dan berdosa besar apabila sedikit tersilap walhal itu bukanlah satu kesilapan buat orang yang umum.

Pisang dan Hati

Bismillah..
Pisang dan Hati





Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci


Moral of the story, jangan letak pisang dalam beg. Hehe ;) Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati. Jadi,sentiasalah muhasabah diri kita.. Wallahu'alam.

Ulama MESIR Haramkan Facebook??? Kenapa ek???

Mantan Ketua komite fatwa Al-Azhar, Syaikh Abdul Hamid Al-Atrash, pada hari Rabu lepas (3/2) mengeluarkan pernyataan yang mengharamkan
laman jejaring sosial terkenal Facebook, setelah meningkatnya angka
perceraian dan semakin tersebarnya perzinaan yang merupakan kesan dari
laman tersebut.

Syaikh Al-Atrash menekankan bahawa masuk dan bergabung dalam laman jejaring sosial Facebook sangat berbahaya untuk masyarakat umum, khususnya warga Arab dan negara-negara Islam yang memiliki tingkat spesifiti tinggi.

Mantan ketua komite fatwa tersebut juga mengatakan bahawa Facebook telah menjadi sebagai instrumen penghancuran, dan merosak pasangan keluarga, kerana masing-masing pasangan baik suami maupun isteri akan
mencari kegiatan lain di Facebook jika memiliki waktu senggang, dan sering serta banyak kes banyaknya terjadi perselingkuhan lelaki wanita yang bermula dari Facebook.

Sebuah tim dari pusat nasional untuk penelitian sosial dan pidana Mesir, telah melakukan suatu kajianyang berlangsung selama beberapa minggu, hasil
laporan kajian mereka sungguh mengejutkan, bahawa setiap lima kes
penceraian yang terjadi, khususnya di Mesir, disebabkan oleh
perselingkuhan yang terjadi kerana pasangan suami ataupun isteri
menemukan "idaman lain" yang mereka temukan di laman Facebook.

Kajian juga menunjukkan bahawa laman jejaring sosial facebook, sangat mudah membuat pasangan suami isteri saling berkhianat, manakala suami-isteri
tersebut merasa bosan dan jenuh dengan kehidupan monoton dari
perkahwinan mereka, dan disaat itulah kebanyak pasangan yang aktif di
laman jejaring sosial Facebook dapat dengan mudah menemukan "orang lain" yang menjadi selingkuhan mereka tanpa payung legitimasi pernikahan yang sah.

Hasil kajian mengakui bahwa banyak pengguna Facebook dapat berhasil menemukan orang yang dulu mereka kasihi dan hubungan mereka telah lama putus
akhirnya menjadi "CLBK" Cinta Lama Bersemi Kembali, mungkin
tidak masalah dengan orang yang belum menikah akan tetapi kebanyakan
yang terjadi adalah hubungan "gelap" model CLBK ini dialami oleh
pasangan yang telah menikah, sehingga kejadian seperti ini merupakan
ancaman yang nyata bagi pernikahan pasangan muslim.

Kajian juga menyarankan agar pasangan suami-isteri tidak bergabung dan aktif di laman jejaring sosial Facebook.

Syaikh Al-Atrash mengutip temuan hasil kajian tersebut yang menunjukkan tingginya tingkat perceraian kerana perselingkuhaan dan hubungan zina
diluar nikah lewat internet, akhirnya mengeluarkan fatwa bahawa HARAM
untuk aktif dalam laman jejaring sosial Facebook, kerana facebook telah menjadi ajang penyebaran kerosakan moral di kalangan anak muda serta Facebook
juga menjadi alat penghancur keutuhan rumah tangga yang pada akhirnya
akan mengancam keruntuhan total masyarakat Arab dan Islam.

Syaikh Al-Atrash mengakui bahwa Facebook, dan sarana komunikasi lainnya, apakah itu TV Satelit, internet dan sebagainya, ibarat pedang bermata dua yang boleh digunakan untuk
berdakwah, menyampaikan pesan persahabatan dan perdamaian atas dasar
Islam atau boleh dijadikan alat untuk bermaksiat seperti melakukan
perselingkuhan atau kerosakan moral lainnya.

Syaikh Ahmad Husam, imam masjid Abu Bakr di distrik Faisal Giza, juga menyepakati fatwa Haram dari Syaikh Al-Atrash, kerana faktanya banyak anak muda mahupun
pasangan suami istri telah menyalah gunakan laman tersebut untuk
melakukan hubungan "terlarang" dan dia juga mencatat bahawa Al-Quran
telah memberikan peringatan yang jelas, iaitu pendengaran, penglihatan
dan hati semuanya akan di mintai pertanggung jawabkan oleh Allah.
SWT.(fq/alqudsalarabi)