Rabu, 7 Disember 2011

Koreksi momentum hijrah




Assalamualaikum,sahabat-sahabat PERSIS sekalian,apa khabar kalian?Alhamdulillah dengan nikmat ISLAM,nikmat IMAN,moga sentiasa sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat-Nya.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi MUHAMMAD S.A.W,ahli keluarga dan sahabat Baginda.Bersyukur lah kita dengan nikmat Allah yang cukup luas ini,mencari tasbih cinta memuji Allah.Tanpa Allah,siapa lah kita,"Without Allah we are nothing".

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, sudah sepuluh hari dalam awal muharram ini,dengan fadilat puasa Assyura ini.Alhamdulillah bnyak kelebihan dalam bulan yang mulia ini yang boleh kita lihat.Subnallah pengertian hijrah di awal muharram ini mudah-mudahan sebagai azam kita yang baru untuk terus beristiqamah dalam perkara kebaikan.Koreksi diri kita kembali sebaik meninggalkan bulan puasa sebelum ini,dengan azam untuk menjadi hamba kepada-Nya yang lebih baik daripda semalam.Kita koreksi kita muhasabah kembali.

Dimanakah jalan hijrah ku ?Sejauh manakah makna hijrah yang ku bawa dalam diri ini?Apakah aku telah faham makna Hijrah sepenuhnya?Jika kita renung kembali sirah junjungan Nabi berhijrah dari kota Mekah ke Madinah,perit penghijrahan Baginda untuk membina dan membawa Islam ke pengaruh yang lebih besar.Momentum Hijrah Baginda cukup besar hingga kesan dapar dilihat sehingga sekarang.
Jadi,Bagaimanakah momentum hijrah yang ingin dibina ini?Bermula dengan siapa,kalau bukan dengan diri kita sendiri..Betul tidak sahabat-sahabat?Hijrah yang ingin dibina tidak semesti azam nya berkobar dan bersemangat bila masuk tahun baru,tapi kita berusaha untuk kata"insya Allah aku mahu jadi lebih baik daripada semlam,

Apabila bangun pagi katakan pada diri"Insya Allah,aku nak perbaiki kelemahan diriku ke arah lebih baik."
Sebelum tidur pula"Insya Allah,aku ingin berusaha buat perkara kebaikan kerana Allah"

sematkan kata-kata peransang motivasi kerana mencari cinta dan Reda Allah,kemudian serahkan semula kepada-Nya dengan sepenuh Tawakal kepada Allah.

Perkongsian daripada PONDOK HABIB:



"Hijrah Nabi ke Mekah adalah untuk mencari kebebasan / freedom / hurriyah (baca : bukan kebebasan yang kebanyakan anuti hari ini).. Hijrah Nabi adalah untuk mencari kebebasan beribadah kepada Allah yang mana tiada di Mekah pada saat itu.. kebebasan yg ramai anuti ialah, hak asasi. tak boleh ditegur tak solat. tak boleh ditegur tak buat ini dan itu. "aku masuk neraka pun apa kau kisah". anehnya kita sering mendahulukan benda yang TIDAK KEKAL berbanding benda yang KEKAL." "Salah satu tanda perolehi kecintaanNYA adalah diberikan taufiq hidayahNYA utk hadiri majlis yg baik serta dipermudahkan untuk melakukan amar makruf. Hati manusia tidak diberikan kecenderungan/kecintaan kpd 2 perkara pd masa yg sama, maka beruntunglah mereka yg diberikan kecintaan kepada akhirat. Perlu letak sesuatu tepat di tempatnya dgn sifat rahmat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hayati sirahnya, tontoni & contohi akhlaknya"

-ALHABIB ALI ZAENAL ABIDIN ABU BAKAR AL-HAMID-

Alhamdulillah,sekadar perkongsian bersama.Yang baiknya segalanya datang daripada Allah,yang lemah datang hamba yang lemah.Insya Allah,sama2 berusaha beristiqamah dalam kebaikankerana Allah..=)

Tiada ulasan: