Bismillah Walhamdulillah..Apa khabar iman sahabat waktu ini..? sakit atau sihat..Sama-sama kita ‘correct and see’ iman kita. “ GAPAILAH CINTA ALLAH SEBELUM CINTA MANUSIA”. Apa yang anda fikirkan selepas anda membaca tagline tersebut? Mungkin ada yang mengatakan, “ selalu dah dengar quote ni”. Tak kurang juga yang kata “tak habis-habis tajuk cinta, tak de benda lain ke nak difikirkan”. Ya, kita tahu kita perlu mencintai allah s.w.t. tetapi adakah kita faham dan jelas sama ada kita sudah pun mencintai Allah ataupun belum? Jika Cinta, Apa Buktinya?
Jom selusuri checklist berikut untuk lita kenalpasti samaada kita sudah benar- benar meletakkan Allah di tangga pertama dalam rangking cinta kita.
Segera menyahut Call daripadanya
“Allahu akbar! Allahu akbar!..Haiya ‘alassolah..”. Kedengaran azan ketika menonton movie kegemaran . Apakah respons kita ketika itu..? adakah segera kita bangkit menyegerakan panggilannya ataupun bagaimana..?
“ Kurniakan daku srikandi..penyejuk di mata..penawar di hati..” Rington telefon bimbit kedengaran saat kita sedang asyik menelaah pelajaran dek esok adalah final exam. Kelihatan di skrin telefon, terpapar nama sahabat berlainan jantina yang sama-sama bergerak kerja dalam persatuan. Kita abaikan atau kita segera menyahut panggilannya? Tepuk dada Tanya iman. Jika kita ingin membuktikan cinta, letakkan Kekasih Agung sebagai priority (keutamaan) . Letak keinginan kekasih sama dengan keinginan kita. Bila Allah nak “bertemu”, tunjukkanlah yang kita nak jumpa dengan Nya. Orang yang egois, suka dirinya dipuji, dipuja dan disanjung tetapi dia tak suka menyanjung dan memuja. Dia nak allah ikut kemahuan dia, tapi dia tak nak ikut kemahuan Allah.
Betul kah kita cinta Allah? Bila kita paksa Allah memakbulkan doa kita padahal kita hidup dalam dosa tanpa taubat?
Memberi Perhatian kepada SMS, Emel dan Comment FB daripada Allah
Hebatnya cinta Allah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda apabila mereka ini sangat cinta akan alQuran . Generasi awal membudayakan Al Quran dalam kehidupan seharian mereka. Apabila mereka saling bertemu, mereka suka meminta dibacakan alQuran untuknya.
AlQuran itulah SMS dan Emel langsung daripada Allah untuk kita baca dan tadabbur isinya selalu.
Suatu malam, Rasulullah s.a.w. melewati rumah Abu Musa al-Asy’ari yang sedang membaca alQuran dalam solat malam. Rasulullah terus terpegun dan menangis ( Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Jadi, jika kita benar cintakan Allah, selalulah semak , baca dan tadabbur ayatNya.
Jangan lupa untuk kita ahli keluarga dan sahabat kita untuk membudayakan al Quran dalam kehidupan. Biarkan sahaja alQuran menjadi perbualan harian dan budaya dalam masyarakat kita akhirnya insyaallah. Jadikan kerinduan kita menatap kalamNya melebihi kerinduan kita terhadap emel,SMS dan comment Facebook. Ayuh!
Memandang MMS Nya selalu
Ada orang yang bercinta asyik dan gemar melihat gambar orang yang dicintai. Kita tidak dapat melihat zat Allah Yang Maha Hebat tetapi kita masih boleh memandang “kebesaranNya”. Allah sebenarnya sudah menghantar MMS kepada kita . Lihat saja di sekeliling kita dengan keindahan alam yang menghijau, awan yang membiru dan awan yang memukau. Semuanya bukti Allah Maha Tinggi, Maha Bijak dan Maha Pengasih Penyayang. Semakin direnung, semakin diri terasa kerdil. Tatkala diri terasa kerdil akan timbul rasa pergantungan kepada Yang Maha Besar.
Ketika rasa ingin memandangNya makin kerap menjengah hati, ia suatu bukti kita semakin cinta kepada Allah.
Malu-Malu saat “dating” dengan Nya
Adakah anda pernah bertembung mata dengan seseorang yang “thiqah” atau dalam bahasa yang mudah, seseorang yang dikagumi agamanya dan akhlaknya? Rasa malu dan segan bukan? Biasanya hanya mampu memandang sebentar sahaja.
Kenapa agaknya? Kerana dorongan rasa malu akan kemuliaan dan kedudukan orang yang memandang kita itu.
Allah s.w.t. pernah memuji kesempurnaan adab kekasihNya, nabi Muhammad s.a.w. pada malam Isra’ Mi’raj. Mafhum FirmanNya dalam Surah al-Najm 53 :17, “Penglihatannya (Muhammad ) tidak berpaling (focus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya ( tidak memandang dengan tajam).”
Saat solat itulah saat kita berdating iaitu saat kita bersendirian dengan Allah s.w.t. Apabila kita berdiri di hadapan Allah s.w.t. kita berdiri tegap , menundukkan kepala dan focus pandangan ke tempat sujud.
Hakikatnya, Allah s.w.t bukan sahaja memandang ketika solat sahaja tetapi setiap detik. Justeru, haruslah kita memelihara rasa malu pada Nya sebagai bukti kita cinta pada Nya.
Sentiasa Ingat dan Rindu Pada Nya
Mafhum firmanNya dalam Surah al-Ankabut 29:5 , “ Sesiapa yang berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu yang dijanjikan Allah pasti datang.”
Sentiasalah kita menghadiri majlis-majlis ilmu untuk mengubati kerinduan kita kepada Allah selain daripada kita rindu untuk menatap alQuran, tahajud , orang soleh dan akan kebenaran. Jom usahakan.
Banyak menyebut NamaNya
Jika kita cinta Allah, pastikan Allah tidak lekang di bibir dan dikaitkan bersama. Mudah sahaja , misalnya : “ Alhamdulillah, Allah izinkan aku dapat juga A dalam subjek ini”
“ Dia sedang mengumpat saya? Tidak mengapalah, Allah ada. Allah akan bela saya.”
Biasanya, manusia akan ingat Allah waktu dalam kesusahan dan kesulitan. Beruntunglah bagi orang yang mengingat Allah dalam keadaan senang dan susah.
Bersabar dengan UjianNya
Lumrah cinta pasti akan ada ujian. Ujian itu bagi mengenalpasti setakat mana dalamnya cinta. Kalau kita benar cintakan Allah, usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Berdoalah agar kita dikurniakan kekuatan menghadapi apa jua ujian daripadaNya. Allah lebih mengetahui setakat mana kemampuan kita dalam menghadapi ujian yang diberi.
Mencintai Segala Sesuatu yang berkait dengan Nya
Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan orang yang kita cintai memberi debaran di dada. Begitulah lumrah cinta. Apakah bukti kita terpikat pada cinta Allah? Tentunya apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan dengan Nya, bukti kita ingin lebih aqrab dengan Nya. Contohnya kerinduan Muslim kepada Kaabah kerana Kaabah adalah Baitullah (Rumah Allah) yang sangat istimewa. Jika belum mampu meluah rindu di Kaabah, manfaatkan rumah-rumah Allah yang berada berhampiran kita. Jangan biarkan masjid dan surau sunyi tanpa kunjungan para pencinta. Buktikan kita cinta pada Nya.
Bukti kita mencintai Allah ialah apabila kita sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menggapai redha Allah. Ada 3 situasi pencinta menurut Ibn Qayyim Al Jawziyah :
i. Berat hati untuk mencintai, namun dia memaksakan diri
ii. Cinta makin menguat dan dia patuh
iii. Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.
Cinta kita terhadap Allah berada di tahap mana? Di mana pun tahapnya, mulai saat ini buktikan kepada Allah kita sangat cinta pada Nya. Ayuh!!
p/s : adaptasi nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin
i.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan