Khamis, 9 Disember 2010

Anda bukan gagal tetapi belum berjaya...

Salam ukhuwah kepada sahabat sekalian.Apa khabar semua?

Pernahkah sahabat menghadapi kegagalan.Gagal ketika exam,gagal dalam menganjurkan sebuah program ataupun dalam perkara yang lain.Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yang diambil daripada sebuah buku karya Dato' Dr Fadzilah Kamsah dan Dr.Fadzli Yusof iaitu 55 petua orang yang berjaya.

Saya tertarik dengan petua pertama yang ditulis dalam buku itu iaitu Anda bukannya gagal tetapi belum berjaya.Sahabat-sahabat saya yang disayangi,kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya.Apa gunanya hidup tanpa ujian?
Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik.Tidak perlulah saudara bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan anda seorang sahaja yang ditempuhi dengan kegagalan,ramai lagi yang sama kes macam anda walaupun orang yang terkenal.

Cuba kita lihat seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders.Siapa tidak kenal dengan beliau.Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya.Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri.Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau.Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau.Sembilan tahun kemudian,beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC.Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.

Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu.Saudara kena ingat bahawa Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bemaksud
"Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan.(Sekali lagi ditegaskan)bahawa
bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan".Berpeganglah kepada ayat ini kerana ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi kesukaran dalam mengerakkan dakwah Islamiah terhadap umat Baginda sendiri walaupun ditindas dengan para Musyrikin Mekah pada masa itu tetapi akhirnya berjaya menegakkan Islam di seluruh dunia dengan usaha serta pertolongan daripada Allah S.W.T.Tambahan pula, sahabat juga kena yakin bahawa Allah akan membantu diri anda tidak kira masa atau tempat sekiranya kita mengingati-Nya selalu.Berdoalah dan usahalah saudara sekalian agar capai kejayaan kerana Allah tidak akan bagi kejayaan itu sekiranya tanpa usaha walaupun mengeluarkan tangisan berdarah ketika berdoa kepada-Nya.

Akhir kata daripada saya,moga apa yang ditaip ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri.Apa gunanya saya menaip tips ini kalau saya juga tidak buat.Allah juga berfirman dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud
"
Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya".
Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

Wallahualam....

(taken from akramkaichou.blogspot.com)

1 ulasan:

pengembara berkata...

Aku tidak gagal tapi aku belum berjaya!!!
InsyaAllah aku boleh!!!
...^_^