Salam. Sem kali ini dah nak habis. So, ada antara kita yang akan bercuti panjang. Ada yang sehingga bulan 9. Ada juga sehingga bulan 5. Ada juga sehingga bulan 3. Ringkasnya, semuanya akan bercuti dan berehat dari kehidupan di kampus ini walaupun berbeza durasi. Tatkala, kita berseronok bercuti, namun hakikat yang perlu disedari oleh kita sendiri ialah seringkali akan ada penurunan iman dan amal kita. Cuti yang seharusnya menjadi medan untuk menambah ilmu dan kefahaman dengan memperbanyakkan bacaan buku dan majlis ilmu, tidak digunakan sebaiknya. Sebaliknya, apa yang terjadi ialah diri kita semakin hanyut dek kerana tiada lagi suasana iman yang mewarnai kehidupan kita seperti di kampus. Secara ringkasnya, inilah jawapan ku pada orang yang mengatakan 'tiada teman tiada kekuatan'.
Memang lumrah kehidupan,
kadangkala bak sebuah kapal di tengah lautan,
tetap perlu gerak ke hadapan,
sungguhpun disambar ombak cabaran,
walaupun bergerak secara bersendirian,
perlu menuju ke tanah tujuan,
hatta dibekali penuh muatan,
tetap terasa sepi kesunyian,
inilah penggoncang keimanan,
tiada teman tiada kekuatan,
amalan tinggal kenangan,
dosa tidak sebagai sempadan,
sebaliknya menjadi kebiasaan,
berulangnya alasan,
tiada teman tiada kekuatan,
tetapi bagi insan pilihan,
keseorangan itu masa keemasan,
bagi meraih niat keikhlasan,
masa cinta-Nya dapat dibuktikan,
keseorangan hanyalah ujian,
sebagai satu persimpangan kehidupan.
" Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'arashNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya....dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT" ( Riwayat Muslim)
1 ulasan:
i like this...=)
salam bercuti & moga thabat dalam perjuangan...
cuti2 tu cari2lah kerja yg bermanfaat yerk,tlg negeri ke, kerja ke, p pondok ke apa2lah,kne bijak amek peluang...
Moga Persis terbaik & terbaik ds semasa ke semasa...
Catat Ulasan